Friday, August 14, 2009

Isi Kandungan Laporan







Berikut adalah isi kandungan yang wajib dimuatkan dalam laporan projek
1. Tema
2. Tajuk projek
3. Tarikh tempoh perlaksanaan projek
4. Objektif projek
5. Senarai ahli dan tugasan
6. Perlaksanaan projek
a. Perancangan
b. Kerja amali
c. Refleksi
7. Cadangan
8. Penghargaan
9. Lampiran

Laporan Projek

Anda perlu menyediakan satu laporan kumpulan. Berikut adalah perkara yang perlu diambil perhatian dalam laporan anda.
i. Laporan mengikut format
ii. Laporan secara individu atau berkumpulan
iii. Laporan secara berkumpulan perlu mempunyai refleksi secara individu dan dirumuskan.
iv. Laporan lengkap perlu dalam bentuk bertaip atau bertulis tangan
v. Lampirkan maklumat berkaitan seperti minit/ butiran mesyuarat/ perjumpaan/ surat/ gambar dan lain-lain

Tema Projek

Tema Projek : Cabaran Masa Depan
Aktiviti Cadangan: Projek Membina blog mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang.
Penerangan: Untuk menjayakan projek ini, anda perlu
i. membina blog yang mempunyai gambar dan maklumat tentang kejayaan dan kecemerlangan Malaysia.
ii. Menyediakan brosur dengan menggunakan MS publisher untuk diletakkan di Pusat Sumber sekolah supaya pelajar lain akan melawati blog anda.
iii. Menyediakan kad perniagaan dengan menggunakan MS Publisher yang mempunyai alamat blog untuk diedarkan kepada semua guru supaya mereka akan melawati blog anda.
iv. Menyediakan video klip Malaysiaku Gemilang dan memasukkan gambar tanda kegemilangan Malaysia dengan menggunakan MS Movie Maker

Selamat Menjayakan Projek!!

Blog Projek Khidmat Masyarakat PSK T5

Kepada semua pelajar tingkatan 5S2, blog ini merupakan salah satu sumber rujukan kamu untuk mengetahui perkembangan semasa projek, arahan projek dan juga markah projek khidmat masyarakat. Selamat menjalankan projek khidmat masyarakat!